Senaman merupakan salah satu amalan yang perlu di lakukan oleh semua orang yang inginkan kehidupan yang sihat dan selesa. Kanak- kanak, remaja, orang dewasa mahupun yang sudah lanjut usia tidak terlepas daripada melakukan aktiviti senaman untuk meningkatkan tahap kesihatan agar lebih baik. Aktiviti senaman yang betul dapat memberi impak yang baik kepada kehidupan kita kerana badan yang sihat dapat menjadikan diri kita stabil daripada semua aspek JERIS. Pengetahuan tentang aktiviti senaman ini perlulah di pelajari dengan betul agar segala aktiviti senaman yang akan di buat sesuai mengikut umur, jantina, tahap kesihatan dan tahap kemampuan untuk melakukannya.
Senaman juga boleh di lakukan bila- bila masa sahaja dan di mana sahaja kita berada kerana aktiviti ini tidak memerlukan tempat yang khas untuk melakukannya. Badan yang cergas dan cerdas akan memberikan keselesaan dan keseimbangan dari aspek mental dan fizikal. Kita tidak seharusnya memberi sebarang alasan untuk tidak menjadikan amalan senaman ini sebagai rutin kehidupan. Jika kita sayang pada keluarga kita, orang- orang yang kita sayang dan badan kita sendiri, marilah kita bersama- sama menjadikan amalan melakukan aktiviti senaman ini sebagai salah satu amalan yang terpenting dalam kita menjalani kehidupan kita seharian...
No comments:
Post a Comment