Monday, 25 March 2013

KENCING MANIS


     Kencing manis atau lebih di kenali sebagai penyakit Diebetes merupakan salah satu penyakit yang amat di takuti dewasa ini. Penyakit ini yang dikatakan dapat memberi kesan- kesan yang negatif  pada kesihatan badan pesakit. Pesakit kencing manis yang serius memerlukan tahap penjagaan kesihatan yang tinggi untuk memberi keseimbangan kesihatan pada badan pesakit.
             


Simptom / Gejala






Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

v Kerap membuang air kencing

v Sentiasa berasa dahaga

v Selera makan meningkat
v Letih

v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur


Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.



Rawatan

    Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. 
        Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.


Pemakanan



Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja


.v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. 
      Pesakit tidak patut  tertinggal masa makan.
v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi,

    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus

    diambil.
v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
    jantung. Elakkan daripada
    menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan
    makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
    memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.
v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.


     Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain.
     Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.





No comments:

Post a Comment